2) KOMANWEL
Latar belakang komanwel
Komanwel ditubuhkan pada 1931 dan keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan british yang telah merdeka dan mempunyai 54 buah Negara yang maju dan yang sedang membangun. Pada tahun 1965 sekretariat KOMANWEL ditubuhkan dan ibu pejabat KOMANWEL terletak di London.
Matlamat komanwel
Adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan british seperti
FAEDAH MALAYSIA DALAM KOMANWEL
Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia. Selain itu, malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Dan melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh. Tambahan pula,Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand. Malaysia juga bersuara menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan.
No comments:
Post a Comment