OIC

1)   OIC


LATAR BELAKANG OIC

Pertubuhan persidangan islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969. Dan bersempena dengan persidangan Dunia Islam di Rabat, Maghribi ketika sedang memuncaknya serangan ganas terhadap masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini di anggotai oleh 57 buah Negara islam
Mempunyai 3 rantau (Asia, Timur Tengah dan Afrika) dimana jumlah penduduknya merupakan 1/5 daripada penduduk dunia dan mempunyai 3 buah Negara pemerhati.



Matlamat OIC

Antara matlamat OIC ialah memupuk perpaduan di kalangan Negara anggota. Selain itu, berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk serta perlu mengambil langkah bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan. Tambahan pula, ianya dapat meningkatkan perjuangan umat islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan juga perlu memastikan tempat-tempat suci dihormati dan tidak dicemari.




Faedah Malaysia dalam OIC

Dengan mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan islam (IDB).
Pinjaman ini juga dapat melaksanakan projek-projek untuk kepentingan rakyat. Selain itu juga, Malaysia mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu juga,
Malaysia telah mendapat penghormatan daripada Negara-Negara anggota dengan perlantikkan Tunku Abdul Rahman sebagai setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan Negara-Negara islam dan Malaysia juga disegani oleh Negara-negara islam lain atas pencapaian yang telah Malaysia dapat.




No comments:

Post a Comment

Pengenalan   Selamat Datang Salam sejaterah, Salam Poliku Sayang Tanggungjawabku, Selamat Datang Ke Blog Kami. ...