Pengenalan
Selamat Datang
Salam sejaterah,
Salam Poliku Sayang Tanggungjawabku,
Selamat Datang Ke Blog Kami.
Kami terdiri daripada Minnic Liaw Chuen Qing (05DPM18F1094) , Awgku Zamani Kassim Bin Awgku Rabaee (05DPM18F1084) , Amirul Arsyad Bin Abdull Majid (05DPM18F1087) , Jacklyn Sayu Anak Empau (05DPM18F1090) , dan Nuratasha Nabiella bt Suhaimi (05DPM18F1092) merupakan seorang pelajar dari jurusan Pengajian Perniagaan (semester 1) di bawah Jabatan Perdagangan di Politeknik Kuching Sarawak.
---> Nama Pensyarah: ENCIK WAN FAISAL WAN AHMAD MOHTASA
---> Nama Pensyarah: ENCIK WAN FAISAL WAN AHMAD MOHTASA
Melalui blog ini, anda akan mempelajari beberapa tentang Dasar Malaysia tentang Hal Ehwal Serantau dan Dunia. Antaranya ialah:
1) mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan di asia tenggara.
Malaysia
dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga
melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain,
Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia. Selain itu, malaysia
menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Dan melalui perjanjian ini
Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh. Tambahan pula,Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan. Melalui
Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand. Malaysia juga bersuara
menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan.
Bagaimanapun, terdapat beberapa peristiwa yang pernah mencalarkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan beberapa Negara ASEAN sebagaimana yang telah dibincangkan didalam tugasan ini. Pun begitu, setiap permasalahan yang timbul, Malaysia sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelasaiannya demi mengekalkan kelansungan hubungan antara Negara ASEAN dan demi mewujudkan kerjasama dan keamanan sejagat.
ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
1) Asean
LATAR BELAKANG ASEAN
ASSOCIATION
OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS atau persatuan negara-negara asia tenggara.
ASEAN ditubuhkan pada 8 OGOS 1967 di BANGKOK dengan tujuan untuk
mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada
setiap November untuk mengeratkan lagi perpaduan antara ANGGOTA ASEAN.
Selain itu,ANGGOTA
ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali
Timor Leste dan Papua New Guinea ini disebabkan Negara Timor Leste dan
Papua New Guinea ialah Negara pemerhati bagi Negara ASEAN.
Walaubagaimanapun, ASEAN di tubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu
indonesia, malaysia, filipina, singapura dan thailand di bangkok semasa
proses penandatangan satu perjanjian yang dikenali sebagai DEKLARASI
BANGKOK.
kandungan deklarasi bangkok:
1) mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan di asia tenggara.
2) Meningkatkan kerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, teknik dan ilmu pengetahuan.
3) memelihara kerjasama yang erat di tengah-tengah organisasi regional dan internasional yang ada.
4) meningkatkan kerjasama untuk memajukan pendidikan, latihan dan penelitian di kawasan asia tenggara.
Matlamat Asean Ditubuhkan
Matlamat asean ditubuhkan
Ia
bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara
anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah
berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya
hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang
menjadi 10 buah Negara.
Negara
Anggota ASEAN yang terlibat pada masa kini ialah Brunei Darussalam,
Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Laos,
Malaysia, Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura,
Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis VietNam. Penubuhan Asean
mempunyai lima peranan utama dan berikut adalah dua daripadanya:
Pertama
Penubuhan
sebuah persatuan untuk kerjasama serantau dikalangan Negara Asia
Tenggara. Pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Negara Asia
Tenggara- ASEAN.
Kedua
Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
-mengekalkan di rantau asia tenggara
-membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
FAEDAH MALAYSIA DALAM ASEAN :
1) OIC
LATAR BELAKANG OIC
Pertubuhan
persidangan islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969. Dan
bersempena dengan persidangan Dunia Islam di Rabat, Maghribi ketika
sedang memuncaknya serangan ganas terhadap masjid Al-Aqsa oleh puak
Zionis. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini di
anggotai oleh 57 buah Negara islam
Mempunyai
3 rantau (Asia, Timur Tengah dan Afrika) dimana jumlah penduduknya
merupakan 1/5 daripada penduduk dunia dan mempunyai 3 buah Negara
pemerhati.
Matlamat OIC
Antara
matlamat OIC ialah memupuk perpaduan di kalangan Negara anggota. Selain
itu, berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan
penjajahan dalam sebarang bentuk serta perlu mengambil langkah bagi
menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan
keadilan. Tambahan pula, ianya dapat meningkatkan perjuangan umat islam
bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan juga perlu
memastikan tempat-tempat suci dihormati dan tidak dicemari.
Faedah Malaysia dalam OIC
Dengan mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan islam (IDB).
Pinjaman
ini juga dapat melaksanakan projek-projek untuk kepentingan rakyat.
Selain itu juga, Malaysia mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu juga,
Malaysia
telah mendapat penghormatan daripada Negara-Negara anggota dengan
perlantikkan Tunku Abdul Rahman sebagai setiausaha Agung OIC yang
pertama. Malaysia juga amat serius dalam memperjuangkan hak dan
kebajikan Negara-Negara islam dan Malaysia juga disegani oleh
Negara-negara islam lain atas pencapaian yang telah Malaysia dapat.

2) KOMANWEL
Latar belakang komanwel
Komanwel
ditubuhkan pada 1931 dan keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah
jajahan british yang telah merdeka dan mempunyai 54 buah Negara yang
maju dan yang sedang membangun. Pada tahun 1965 sekretariat KOMANWEL
ditubuhkan dan ibu pejabat KOMANWEL terletak di London.
Matlamat komanwel
Adalah
untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi,
pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua
Negara bekas jajahan british seperti
FAEDAH MALAYSIA DALAM KOMANWEL
NAM
1) NAM
LATAR BELAKANG NAM
Ditubuhkan
September 1961 semasa (KEMUNCAK PERANG DINGIN) dan ahli-ahli NAM
merupakan sebuah yang membangun di Asia, Afrika dan Amerika selatan.
Pertubuhan ini telah di anggotai seramai 113 buah Negara ianya 16 buah
Negara pemerhati dan 28 buah Negara tetamu jemputan
MATLAMAT NAM
Mengekalkan
keamanan dunia tanpa menyokong mana blok seperti blok barat atau blok
komunis. Pada tahun 1987 adanya Sidang keuncak kali ke 7 di New Delhi
dan Malaysia telah membuat beberapa usul antaranya ialah :- membela
kepentingan Negara yang sedang membangun seperti isu palestin, kerjasama
ekonomi dan isu benua Antartika.
PBB
2) PBB
LATAR BELAKANG PBB
PBB
telah ditubuhkan pada 24 Okktober 1945 di Amerika Syarikat dan ibu
pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. PBB telah di anggotai oleh
191 buah Negara dan Malaysia telah menyertai PBB pada 17 september 1957
selepas mencapai kemerdekaan ini kerana untuk menjamin kedaulatan dan
hak semua Negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan
dalam hal ehwal Negara lain. Selain itu, ianya terbuka kepada semua
negara yang telah merdeka.
Matlamat PBB
Matlamat
PBB akan menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa seperti
Malaysia tidak akan di serang oleh mana-mana Negara kerana di bawah
jagaan PBB. Selain itu, dapat menyelesaikan perselisihan dan penindasan
antara Negara PBB. Dan ada Negara yang masih lagi berperang dan mungkin
perlu melancarkan serangan ketenteraan disebabkan ini Malaysia menyertai
PBB. Ianya juga, mewujudkan hubungan baik dan perdangangan dua hala
antara Malaysia dan Negara PBB. Tambahan pula, ianya dapat menggalakkan
pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan di Negara kita serta dapat
melindungi hak-hak asasi manusia dan boleh menyatupadukan penduduk
dunia.
FAEDAH MALAYSIA DALAM PBB
Jawatan-jawatan penting yang pernah dipegang oleh Malaysia ialah Presiden
Perhimpunan Agung PBB iaitu Tan Sri Razali Ismail pada tahun 1996-1997.
wakil Malaysia Pengerusi Jawatankuasa bank Dunia juga telah menentang
Israel yang menzalimi Palestin pada tahun 1959. Selain itu, menghantar
tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB- Kongo, Iran-Iraq, Angolia,
Namibia, Iraq-Kuwait, Kemboja, Somalia, Bosnia-Herzogovina dan Timor
Timur. Dan menggesa penghapusan Dasar Apartheid di Afrika
Selatan(1993)seperti pengasingan antara orang kulit gelap dan kulit putih. Tambahan pula, mendesak agar Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dilaksanakan. Malaysia telah menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio Jenerio-isu alam sekitar(1992 dan 1998)
Mendapat
penghormatan dengan menyandang jawatan sebagai naib presiden pada tahun
1989 dalam siding kemuncak nam di Belgrade Yugoslavia.
RUMUSAN
Sebagai
konklusinya, antara matlamat penubuhan ASEAN itu sendiri itu adalah
untuk membina kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara dan
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan
kebudayaan di rantau ini. Ia dijayakan melalui usaha dan tindakan
bersama dengan semangat persamaan dan perkongsian. Langkah-langkah ini
sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang aman, makmur
di Negara-negara Asia Tenggara.
Secara
tidak langsungnya, Malaysia telah memainkan banyak peranan dan
sumbangan yang telah mewujudkan strategi efektif dalam melakar dan
meningkatkan corak ekonomi yang berkembang dengan pesat serta penuh
inovatif. Usaha Malaysia yang pelbagai dalam mengembangkan taraf ekonomi
telah memberi galakan dan peluang kepada Negara serantau untuk turut
sama dalam menaik taraf ekonomi Negara masing-masing. Hakikatnya,
Malaysia adalah sebuah Negara yang amat mengambil berat mengenai
perkembangan dan kebajikan Negara serantaunya dan cukup perihatin dalam
menghulurkan bantuan dan sumbangan disaat memerlukan.